Monday 8 August 2011

Kemana arah orang melayu kini...........

Assalamualaikom.................. saya seorang bangsa melayu yang beragama islam, Wahai saudara seagama dengan saya marilah kita berbicara sebentar sambil bertukar-tukar pandangan dan pendapat yang berkaitan dengan wadah perjuangan serta halatuju bangsa saya.

Memungkinkan saya ketemui cerdik pandai di luar sana ingin bertukar pandangan dan pendapat perihal keadaan orang melayu masa kini. Pada kacamata saya yang jahil ini keadaan melayu semakin parah ibarat retak menunggu belah. Sekali pandang kita mungkin berasa selesa dengan keadaan negara ini yang masih ditakbir oleh mejaroti orang melayu. Tapi saudara dan saudari sedar apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Ambillah masa barang seminit dua dan renungkan apakah kebenaran yang akan saya luahkan. Saya amat sedih sekali apabila orang melayu berasa bangga berbalah dengan bangsa dan seagama sendiri. Megah mencanangkan kepada sesiapa sahaja dengan angkuh dan sombong apabila dapat berbalah dengan bangsa dan dengan individu lain yang mengucap dua kalimah sahadah.

Hari ini kita boleh tepuk dada dengan sombong di muka bumi Allah ini, ingat peringatan Allah akan kita temui kelak di hadapanNya nanti. Saudara dan saudari ku yang dikasihi sekalian, marilah kita mengambil iktibar di Bulan Ramadan ini, bukalah sedikit ruang kemaafan serta intailah keburukan dalam diri sendiri kenapa kita seagama harus menghancurkan agam dan bangsa kita sendiri.

Kita mungkin sedar dalam lena tetapi alpa dalam hidup kebendaan menyebabkan orang lain mengambil kesempatan apabila melihat orang melayu yang beragama islam mulai memaki sesama kita. Saya tidak mahu berpihak disebelah mana timur atau barat utara maupun selatan. Apa yang ingin saya ingatkan saudara dan saudari yang saya kasihi ialah kita harus sama-sama mengingati ahli keluarga, teman, rakan dan sesiapa yang berbangsa melayu beragama islam agar kembalilah kejalan perpaduan.

Sesungguhnya Allah amat sayangkan umatnya yang sentiasa membetulkan kesilapan diri sendiri. Tidak ada cacat cela serta terjejas kedudukan di sisi Allah sekiranya kita bertaubat. Apa yang sangat kita malu ialah takut manusia yang jahil tahu akan keburukan kita. Fikirlah manusia itu juga akan mati dan diratah oleh ulat maka patutkah kita berasa malu dengan manusia. Marilah kita insaf sebelum terlambat, sebelum kita dijadikan sampah untuk dimusnahkan perlahan-lahan. Akhir sekali sesiapa yang ingin berbicara dengan saya tolonglah iklas dan jujur agar mesej untuk kita menyedarkan saudara-saudara kita sekurang-kurangnya sampai ke hati dan perasaan mereka.